Jom Kurus & Sihat, Masalah PCOS, Set Kurus, SlimFit, Testimoni

Mengatasi Masalah Polycystic Ovary Syndrome @ PCOS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tasha mendoakan anda yang sudi menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah Taala.

Bermula dari rawatan kesuburan di hospital, kenaikan berat badan bertambah kerana makan ubat untuk menstabilkan hormon. Berat badan kian bertambah, haid kian tidak teratur.

sebab dan simptom PCOS
Tahun 2009 mula berubat dengan Dr Hamid Arshat. Dr hamid mencadangkan Tasha menurunkan berat badan. Biarpun susuk tubuh badan bukanlah dikategori berbadan besar, tapi Dr Hamid kata Tasha perlu menurunkan berat badan untuk merawat kesuburan.
Sebab dan cara mengatasi masalah PCOS
Saya merupakan pesakit PCOS yang mempunyai tanda-tanda seperti tumbuh rambut pada kaki, darah haid yang sedikit, haid yang tidak teratur dan masalah tidak subur. Pesakit PCOS nie mesti menjaga berat badan.
Boleh rujuk pada blog Dr Natasha Nor
Gambar masa tahun 2012 (agak gempal)
Bermula dari rawatan ini, Tasha mula sedari bahawa pentingnya mengawal berat badan pada seseorang wanita. Keseimbangan berat badan amat penting untuk kesihatan bukan sahaja untuk cantik yang paling penting adalah kesihatan yang tidak boleh dijual beli.
Tasha akan mengalami masalah haid yang tidak teratur sekiranya berat badan meningkat. Bagi yang mengalami masalah PCOS, anda memang patut memantau berat badan untuk salah satu ikhtiar mengatasi masalah PCOS ini.
Gambar masa tahun 2014
Dengan bermula kesedaran tentang keseimbangan berat badan yang ada  hubungkait dengan masalah PCOS, Tasha mula mengambil berat tentang berat badan. Tasha juga menyedari jika Tasha berat badan naik, kitar haid mula tidak teratur. Tasha mula memgambil makanan yang sihat, ikut cara makan yang teratur dan mengamalkan hidup yang sihat.
Tips yang Tasha amalkan dalam menjalani kehidupan yang sihat,
1. Pemakanan yang sihat
2. Mengambil supplement Shaklee
3. Mengamalkan senaman
4. Amalkan bangun pagi, untuk kesihatan dan mudahan dimurahkan rezeki.
5. Sentiasa yakin pd Allah, usaha, tawakal dan serah segalanya padaNya setiap perkara yang dilakukan.
Produk Shaklee yang diamalkan

Pada yang mempunyai masalah seperti Tasha, berat badan mesti dipantau sentiasa bagi memastikan masalah PCOS boleh diatasi dengan segera. Sama-sama kita berdoa dan berusaha dalam mengatasi masalah ini. Komen dan pengalaman anda amatlah Tasha alu-alukan untuk kita share bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *