Kecantikan, Produk Shaklee

Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee amat penting untuk tubuh badan tidak boleh menghasilkan vitamin C, ianya dapat dari sumber makanan. Vitamin C Shaklee amat istimewa kerana ianya telah diformulasikan dalam bentuk ”Sustained Released” dilepaskan secara berkala penyerapan 5 jam bagi memastikan bekalan vitamin c mencukupi dalam badan.

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tubuh kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak dapat menyimpan vitamin C untuk jangka waktu yang lama.

Badan kita pula tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Lagi-lagi dengan keadaan pencemaran yang berleluasa sekarang.

Vitamin C hanya boleh berada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C ‘bekerja’ dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan tahap keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di setiap bahagian tubuh yang lain.

Simptom Kurang Vitamin C

  • Rambut kering dan bercabang dihujung
  • Gingivitis (radang di bahagian gusi)
  • Gusi berdarah
  • Kulit kasar, kering dan bersisik
  • Luka lambat sembuh
  • Badan mudah lebam
  • Gigi mudah rapuh
  • Animea penyerapan iron tidak cukup kuat ke dalam sel darah merah

 

Akibat Kekurangan Vitamin C

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen akan menjadi lemah dan tidak aktif. Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang menyokong sebahagian sel, memberi kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi – ini yang menjadikan kita tua sebelum waktunya.

Setiap hari badan terdedah kepada radikal bebas seperti asap rokok, pancaran UV, pencemaran udara, ubat dan lain-lain. Pendedahan kepada radikal bebas yang berterusan akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan dan akhirnya sel-sel akan mati. Ini adalah penyumbang kepada penyakit kanser, jantung serta penyakit kronik yang lain.

Kekurangan Vitamin C yang berterusan boleh menyebabkan penyakit kancing gigi dan skurvi yang iaitu gusi berdarah.

Vitamin C membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Jadi jika Vitamin C tidak mencukupi dalam badan luka akan lambat kering dan sembuh.

Vitamin C Shaklee mempunyai Bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C oleh badan dan memelihara Vitamin C daripada teroksida. Bioflavonoid adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai di dalam buah-buahan sitrus.

 

Kesan Sampingan Suntikan Vitamin C – Bagi yang obses untuk dapatkan kulit segera cantik

  • Embolism – udara yang terpendam di tempat suntikan yang masuk ke dalam arteri. Ianya boleh menyebabkan sakit di bahagian dada
  • Jangkitan – Jika jarum dan tempat suntikan tidak bersih
  • Salur darah menjadi keras kerana suntikan yang dibuat berkali-kali untuk memastikan sentiasa cantik
  • Bahan yang digunakan tidak pasti natural atau ada kandungan chemical dan halal

 

Kepentingan Vitamin C

Antara fungsi vitamin C:

 

  •  mencantikkan kulit
    Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah. Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. Cara mengawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari.

 

  • meningkatkan sistem imun tubuh
    Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
    ✓ Menguatkan sistem imun
    ✓ Mengurangkan asthma, alergi hidung dan kulit.
    ✓ Meningkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

 

  • antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang disebabkan radikal bebas
    Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

 

  • mencegah penyakit Scurvy
    Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C Shaklee adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

 

  • Stress / tekanan
    Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana stress. Ianya merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Vitamin C sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu stress memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

 

  • Mengekalkan kolestrol sihat
    Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skury

 

  • Membantu pembentukan collagen
    Vitamin C Shaklee membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah siapa yang amalkan vitamin c akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

 

  • membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.
    Vitamin C Shaklee merupakan anti-oksida yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cell untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia bahayadari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

 

 

Manfaat Vitamin C

  • Membantu kesihatan gusi dan gigi yang sihat
  • Membantu meningkatkan tenaga disebabkan penyerapan iron
  • Melengkapkan penghasilan sel darah merah
  • Kulit yang cantik vitamin C akan membantu penghasilan kolagen jika kolagen cukup boleh membuatkan kulit lebih tegang, cerah dan sekata. Rambut dan kuku akan lebih cantik kerana vitamin c menghasilan kolagen yang cukup.
  • Menggalakkan fungsi sistem imun dalam badan iaitu untuk antibodi badan berfungsi melalui sel darah putih bekerja  lebih bagus kerana ia memerlukan vitamin.

Badan tidak dapat menghasilkan vitamin C ianya melalui pemakanan seharian, dan ia akan hilang melalui aktiviti setiap hari. Jadi ia perlu diganti secara berterusan. Vitamin tidak boleh dapat dihasilkan daripada badan dan tidak disimpan didalam badan. Vitamin C diperlukan sustained released sistem Vita-c yang boleh diserap secara beransur-ansur secara konsisten untuk beberapa jam.

 

 

 

 

Kelebihan Sustained Release Vitamin C Shaklee

  • Sistem penyerapan berterusan iaitu 100mg setiap jam dan juga Vitamin C Shaklee yang telah dipatenkan.
  • Kelebihan Vitamin C Shaklee ini ianya telah diformulasikan dalam bentuk ”Sustained Released” – pelepasan berkala. Iaitu setiap jam 1.5mg vitamin c akan di lepaskan dalam badan kita.
  • Sumber semulajadi daripada buah-buahan yang tinggi vitamin C, kepekatan tinggi 500mg vitamin C untuk setiap biji
  • Tapi keperluan vitamin C ni bergantung kepada setiap individu tersebut. Kadang ada yang cuma perlu 2 biji sehari, tapi bagi yang ada masalah kena ambik lebih, 4 atau 6 biji depends pada keadaan.
  • Vitamin C Shaklee, vitamin yang mudah larut dalam air. Jadi, tiada istilah tertinggal dalam badan atau buah pinggang yang boleh menyebabkan buah pinggang rosak.
  • Vitamin C Shaklee kini lengkap dengan Citrus Bioflavonoids Complex dan juga Sustained Release System
  • Penyerapan Vitamin C Shaklee ke dalam tubuh adalah berterusan selama 5 jam bagi memastikan bekalan vitamin c mencukupi semasa ia diperlukan untuk proses dalam tubuh.
  • Vitamin C Shaklee dihasilkan dari kanji jagung yang merupakan sumber asli vitamin C.
  • Vitamin C Shaklee ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex yang membantu penyerapan vitamin C

 

 

Fungsi Bioflavonoids dan Vitamin C

Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk:

  • Melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
  • Mempunyai kesan antibakteria
  • Menggalakkan peredaran darah
  • Merangsang pengeluaran hempedu
  • Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
  • Merawat dan mencegah katarak
  • Bertindak sebagai antihistamin
  • Mempunyai ciri-ciri anti-radang
  • Mengurangkan gejala herpes mulut

Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee

 

 

 

 

 

 

Jika anda berminat untuk mencuba, boleh hubungi Tasha: http://TashaNajib.wasap.my untuk info lanjut. Pentingnya menjaga kesihatan kita sebelum penyakit singgah pada kita. Moga info ini memberi maanfat kepada anda semua.

Tagged , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *