Kesihatan

Tanda Sakit Buah Pinggang Tahap 4

Apakah Dia Sakit Buah Pinggang Tahap 4?

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog Tasha. Entri kali ini Tasha nak berkongsi cerita tentang tanda Sakit Buah Pinggang Tahap 4. Ramai yang masih belum tahu, tahap kerosakan yang berlaku kepada pesakit Buah Pinggang Tahap 4. Moga anda teruskan membaca entri kali ini dan Tasha harapkan ianya dapat membantu pengidap Sakit Buah Pinggang Tahap 4, mungkin anda, ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan anda.

Sakit Buah Pinggang yang kronik berlaku apabila buah pinggang telah rosak juga dipanggil Chonic Kidney Disease (CKD). Buah Pinggang boleh rosak akibat dari penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi juga kecederaan fizikal. Buah Pinggang tidak mampu menapis darah dan menjalankan fungsinya dengan sempurna apabila Buah Pinggang Rosak. Fungsi penting Buah Pinggang antaranya adalah:

  • Berfungsi untuk menapis darah
  • Memastikan cecair dalam badan seimbang
  • Mengawal selia hormon
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Menjaga kesihatan tulang
  • Membantu menghasilkan sel darah merah

 

Tahap-tahap Kerosakan Buah Pinggang

 

5 Tahap dalam Chronic Kidney Disease (CKD)

  • Tahap 1 dan 2, Tahap paling mild. Pada peringkat awal seperti ini, Buah Pinggang telah menunjukkan tanda kerosakan dan tidak berfungsi dengan baik. Fungsi Buah Pinggang hanya tinggal 60%. Bacaan GFR >90-60 (ml/min/1.73²)
  • Tahap ke-3, Fungsi Buah Pinggang telah hilang lebih kurang separuh. Fungsi Buah Pinggang hanya tinggal 59% > 30%. Dari tahap ini, ianya boleh menimbulkan masalah lain seperti tekanan darah tinggi dan masalah tulang. Masalah-masalah ini perlu dirawat dengan segera untuk memperlahankan kehilangan fungsi Buah Pinggang. Bacaan bagi Tahap 3 GFR adalah 30-59 (ml/min/1.73²)
  • Tahap 4, Buah Pinggang berada tahap kerosakan yang parah. Pada tahap ini, memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang sangat penting dengan mengikuti jadual rawatan dengan betul dan menguruskan lain juga iaitu tekanan darah tinggi atau penyakit jantung dengan baik
  • Tahap 5 pula dimana tahap Buah Pinggang telah gagal berfungsi. Jika ini berlaku, untuk meneruskan hidup pesakit tahap 5 Buah Pinggang mereka perlu membuat pemindahan Buah Pinggang atau dialisis. Ini kerana Fungsi Buah Pinggang semakin rendah. Fungsi buah Pinggang  hanya tinggal 14% dan ke bawah dimana GFR .15.

 

Jika anda disahkah mengidap sakit Buah Pinggang, apakah yang anda perlu buat? Apakah Tanda Sakit Buah Pinggang Tahap 4?

Anda patut ambil tahu dan apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sakit buah pinggang semakin kronik. Sakit buah pinggang kronik dan mula rosak, ia akan terus merosak dan akan ikuti membawa kepada banyak penyakit yang lain.

Kompilasi Sakit Buah Pinggang perlu ditangani sebaik-baiknya seperti:

  • Masalah jantung dan salur darah
  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Masalah tulang
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kekurangan nutrisi

Sekali Buah Pinggang anda rosak, ia akan terus merosak dan turut menyebabkan pelbagai kompliasi lain yang akan membuatkan tahap kesihatan menjadi lebih teruk. Tanda Sakit Buah Pinggang Tahap 4 adalah sangat PENTING mengambil tindakan awal dalam mengawal dan mengurangkan risiko kompilasi masalah Buah Pinggang.

 

Kegagalan Buah Pinggang

Jika anda sekarang sedang mendapatkan rawatan untuk tanda sakit Buah Pinggang Tahap 4, anda juga menjaga kesihatan, pemakanan, tetapi anda perlu tahu, Buah Pinggang anda tetap berpotensi untuk gagal berfungsi dengan baik. Kegagalan Buah Pinggang ini berlaku apabila:

  • 85 – 90% fungsi Buah Pinggang telah hilang
  • GFR dibawah 15
  • Buah Pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik untuk anda meneruskan hidup

Sebenarnya merawat Buah Pinggang yang rosak TIADA PENAWARNYA. Tapi anda jangan berputus asa, Allah Taala telah nyatakan di dalam Al-Quran bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati. Anda masih berpeluang untuk meneruskan hidup jika anda mendapatkan rawatan yang betul walaupun anada telah ada Tanda Sakit Buah Pinggang Tahap 4 dan telah disahkan oleh doktor. Anda perlu tahu, mengidap Buah Pinggang yang rosak, bukanlah maknanya anda hanya tunggu masa untuk MATI. Masih ada orang yang mampu hidup aktif walaupun merekan terpaksa menjalani hidup dengan Buah Pinggang yang telah rosak.

Rawatan untuk merawat Buah Pinggang yang gagal berfungsi:

Terdapat 2 jenis rawatan Sakit Buah Pinggang Tahap 4 untuk merawat Buah Pinggang yang rosak:

 

Proses Pemindahan Buah Pinggang

 

1. Pemindahan Buah Pinggang

Pemindahan Buah Pinggang yang telah rosak dengan Buah Pinggang yang baru yang sihat. Pemindahan Buah Pinggang Ini melibatkan Buah Pinggang yang sihat daripada seorang (penderma) dan pesakit (penerima) yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dipindahkan melalui pembedahan. Biasanya Buah Pinggang yang baru boleh berfungsi serta-merta.

Ubat tertentu diperlukan bagi mereka yang menjalani pemindahan Buah Pinggang untuk mengelakkan daripada badan mereka menolak Buah Pinggang yang baru diterima. Sekiranya berlaku penolakan juga, anda perlu membuat rawatan dialisis dan mungkin untuk membuat pemindahan Buah Pinggang kali kedua. Cuba bayangkan, agak mengerikan untuk melalui pembedahan kali yang kedua.

Anda perlu tahu, pemindahan Buah Pinggang ini adalah merupakan Rawatan, ianya bukanlah Penawar. Penerima Buah Pinggang baru masih dikategorikan pengidap sakit Buah Pinggang kerana anda masih memerlukan ubat-ubatan yang diambil sebelum pemindahan Buah Pinggang dijalankan.

 

Proses menjalani Dialisis untuk rawatan pesakit Buah Pinggang

2. Dialisis

Dialisis merupakan rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Buah Pinggang. Tugas dialisis ini untuk mengekalkan keseimbangan Homestatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari daraj serta disingkirkan bersama air melalui air kencing. Buah Pinggang anda tidak lagi boleh menjalankan fungsi tersebut menyebabkan anda perlu menjalani rawatan dialisis dimana dipanggil kegagalan Buah Pinggang.

Cuba anda perhatikan gambar di atas. Dengan usia pakcik-pakcik begini, perlukan rawatan diusia yang sudah lanjut. Kos rawatan dialisis bukanlah murah, RM250 sekali rawatan dan memerlukan 3 kali seminggu RM750, cuba kira sebulan RM3,000. Bukan hanya dari segi kos, tetapi juga rawatan ini juga memang menyakitkan.

Tasha ingin mengesyorkan disini supaya anda mencuba kepada Vivix Shaklee. Ramai yang telah pulih dari Tanda Sakit Buah Pinggang Tahap 4 dengan Vivix Shaklee. Ianya satu rawatan alternatif, yang jauh lebih murah dan tidak menyakitkan. Harga Vivix jauh lebih murah jika dibandingkan dengan rawatan yang Tasha ceritakan di atas.

 

Vivix Shaklee

 

Kandungan Vivix Shaklee:

  1. Polygonum Cuspidatum
  2. Muscadine Grape
  3. European Elderberries
  4. Purple Carrot

 

Mengikut kajian, resveratrol pesakit Buah Pinggang melalui 6 cara:

 

  1. Antioksidan: mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nepron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  3. Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  5. Mengurangkan proses lipid peroksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang

 

Testimoni Ubat Buah Pinggang Tahap 4 iaitu Vivix Shaklee:

 

 

 

 

Harga Vivix Shaklee hanyalah RM 475 ini boleh dapat diskaun jika anda terus hubungi Tasha melalui no telefon dibawah:

Jika anda berminat untuk mendapatkan Vivix Shaklee, Sila wassap Tasha dengan segera. Tasha sedia membantu dan memberikan konsultan terbaik untuk anda.

Tasha 0193207434

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *