Kesihatan

Kegagalan Buah Pinggang

Kegagalan Buah Pinggang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Tasha doakan semoga pengunjung blog Tasha sentiasa sihat dan dirahmati Allah Taala. Perkara penting yang ada perlu tahu yang Tasha ingin kongsi, kegagalan Buah Pinggang. Sila baca entri Tasha jika anda ada penyakit ini.

 

Terdapat Dua Jenis Kegagalan Buah Pinggang

Dua jenis kegagalan buah pinggang ini dibahagikan supaya penyebab dan juga waktu berlakunya penyakit ini dapat dibezakan.

Penyakit Renal Akut (ARD)

Buah Pinggang secara tiba-tiba gagal berfungsi adalah disebabkan oleh penyakit, kecederaan atau toksin. Biasanya kebanyakan kes-kes ARD ini boleh dirawat dan kembali pulih seperti sedia-kala.

Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

CKD adalah merupakan kegagalan pada Buah Pinggang. Perkara ini berlaku apabila Buah Pinggang secara beransur-ansur kehilangan fungsi. Ianya terjadi mengambil masa bertahun-tahun bagi kehilangan fungsi Buah Pinggang. Struktur Buah Pinggang utama kerosakan yang kekal dan tidak boleh diubah. Antara punca-punca kegagalan Buah Pinggang kronik adalah seperti berikut:

  1. Tekanan Darah Tinggi
  2. Nefrotoksin (bahan yang merosakkan buah pinggang seperti ubat tahan sakit jenis nonsterpodal anti-inflammatory druhs (NSAIDs))
  3. Aliran darah yang kurang ke Buah Pinggang (contoh seseorang dalam keadaan dehidrasi atau mengalami tekanan darah yang sangat rendah)
  4. Terdapat protein dalam air kencing
  5. Kolestrol Tinggi
  6. Pesakit kencing manis yang mempunyai bacaan gula tidak terkawal
  7. Merokok
  8. Cystic Kidney Disease
  9. Laluan keluar air kencing tersumbat
  10. Batu Karang
  11. Systemic lupus erythematosus
  12. Endocarditis

 

Peringkat Kerosakan Buah Pinggang Kronik

 

 Peringkat  Penerangan  GFR (mL/min/1.73 m²)
 1  Kerosakan Buah Pinggang dengan normal atau ↑ GFR  ≥ 90
 2  Kerosakan Buah Pnggang yang ringan ↓ GFR  60 – 89
 3  Sederhana ↓ GFR  30 – 59
 4  Teruk ↓ GFR  15 – 29
 5  Kegagalan Buah Pinggang  < 15 (atau memerlukan dialisis

Kerosakan Buah Pinggang atau GFR < 60 mL/min/1.73 m² untuk ≥ 3 bulan. Kerosakan Buah Pinggang ditakrifkan sebagai keabnormalan patologis atau penanda kerosakan, termasuk keabnormalan dalam darah atau ujian air kencing atau kajian pengimejan.

Sumber: Panduan NKF KDOQI

 

Ujian ke atas Pesakit Kerosakan Buah Pinggang

Terdapat beberapa ujian yang untuk menentukan seseorang itu mempunyai masalah kerosakan Buah Pinggang atau tidak.

1. Jumlah sel darah (Full Blood Count)

  • Pesakit yang biasanya mengalami kekurangan sel darah merah. Fungsi salah satu Buah Pinggang adalah menghasilan hormon erythropoietin. Ianya berfungsi untuk merangsang penghasilan darah merah daripada tulang sumsum tulang. Sekiranya hormon ini berkurangan, ia boleh menyebabkan sel darah merah berkurang.

2. Fungsi Buah Pinggang

  • Pada pesakit Buah Pinggang, biasanya ada beberapa bacaan seperti urea, reatinine dan potassium meningkat.

3. Analisis Air Kencing

  • Tujuan analisis air kencing dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah tersebut berlaku. Analisis ini juga boleh melihat kehdairan protein dan darah yang menandakan beberapa jenis penyakit. Ada juga kelihatan air kencing yang berbuih disebabkan terdapat protein dalam air kencing.

4. Ultrasound Buah Pinggang

  • Ultrasound dilakukan untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan kegagalan buah pinggang seperti:
    • Hydronephrosis yang merupakan buah pinggang membesar menyebabkan saluran air kencing tersumbat.
    • Batu Karang
    • Buah Pinggang mengalami Polycystic Kidney
    • Saiz Buah Pinggang yang kecil disebabkan ia rosak dan mengecut. Biasanya ia disebakan penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

 

Rawatan Kegagalan Buah Pinggang

Diagnosis yang awal berserta dengan rawatan awal kepada mereka yang mengalami kegagalan Buah Pinggang sangat penting. Ianya bertujuan untuk menghentikan kerosakan buah pinggang untuk mengelakkan dari merawat melalui dialisis dan penggantian buah pinggang (renal repalcement therapy).

Berikut perlu dilakukan supaya Buah Pinggang tidak semakin rosak:

  • Menjalani rawatan yang menjadi penyebab kegagalan Buah Pinggang
  • Tekanan Darah perlu dikawal
  • Kolestrol dalam badan perlu dikawal
  • Mengawal gula dalam badan
  • Mengelakkan dari mengambil nefrotoksin seperti ubat tahan sakit seperti “NSAIDs”

 

Komplikasi yang berlaku melalui rawatan Kegagalan Buah Pinggang

  • Anemia –  dimana ubat untuk menggalakkan penghasilan sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit kegagalan Buah Pinggang
  • Kurang Kalsium – Kalsium biasanya diberikan kepada pesakit ini.
  • Terlebih air (Fluid Overload) – Dirawat dengan menggunakan ubat “loop diuretics”
  • Metabolic Acidosis – Dirawat dengan menggunakan supplement alkali yang diambil secara makan. Sekiranya didapati pH darah pesakit asid yang tinggi, mereka mungkin disuruh melakukan rawatan dialisis.

 

Terapi penggantian Buah Pinggang

Terdapat 2 jenis terapi dalam penggantian fungsi Buah Pinggang. Rawatan ini bertujuan untuk menggantikan fungsi Buah Pinggang yang rosak. 2 terapi ini adalah:

1. Peritoneal Dialisis

  • Air khas dimasukkan ke dalam bahagian abdomen dan membenarkan berlaku pertukaran bahan toksid ke dalam air tersebut. Dan air itu dikeluarkan semula dari bahagian abdomen.

2. Hemodialysis

  • Darah dikeluarkan dari badan dan dimasukkan ke dalam satu mesin supaya bahan buangan daripada darah seperti urea dan kreatinine dapat dikeluarkan. Kemudian darah yang telah dicuci disalurkan semula ke dalam saluran darah.

 

Pemakanan yang TIDAK disyorkan kepada pesakit Kegagalan Buah Pinggang

Terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan bagi pesakit kegagalan Buah Pinggang:

  • Pesakit Kencing Manis tidak digalakkan mengambil protein yang tinggi
  • Kurangkan pengambilan garam dalam didiet pesakit ini

Inginkah anda mengetahui Ubat Buah Pinggang Paling Mujarab untuk pesakit kegagalan Buah Pinggang?

Rujuk kepada link Tasha Ubat Buah Pinggang Paling Mujarab

Tasha berharap semoga perkongsian Tasha dapat membantu anda dalam mengenalpasti kegagalan Buah Pinggang lebih awal. Moga jika ada Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang di Peringkat Awal pastikan anda membuat medical check up dengan segera. Bagi yang mengidap kegagalan Buah Pinggang, Tasha doakan anda cepat sembuh, jangan putus asa, kuatkan semangat, Allah Taala sentiasa membantu kita selagi kita tidak putus asa mencari penawarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *