Kesihatan

Tanda Buah Pinggang Bermasalah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Tasha doakan semoga pengunjung blog Tasha sentiasa sihat dan dirahmati Allah Taala. Kali ini Tasha ingin berkongsi cerita tentang tanda buah pinggang bermasalah.

Pada peringkat awal, penyakit Buah pinggang sukar dikesan. Tanda masalah Buah Pinggang mula ketara apabila sakit Buah Pinggang yang kian kronik. Tapi, setiap individu kesannya berbeza. Ada individu mula rasa tidak sihat sehingga mendapati buah pinggang tidak mampu berfungsi dengan normal. Ini juga disebabkan sakit Buah Pinggang dikenali juga sebagai ‘Pembunuh senyap’. Pesakit yang berisiko mengidap Buah Pinggang terdiri 4 golongan yang boleh dikesan;

  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit tekanan darah tinggi/hipertensi
  • Pesakit yang mengidap penyakit yang berkaitan jantung
  • Mempunyai ahli keluarga yang pernah sakit buah pinggang

 

Tapi, sakit buah pinggang ini juga boleh berlaku kepada lain walaupun tidak tergolong pada 4 golongan di atas. Berikut tanda buah pinggang bermasalah:

1. Air Kencing Berbuih

  • Air kencing kelihatan berbuih. Biuh adalah disebabkan banyak protein yang keluar melalui air kencing. Sepatutnya protein diserap ke dalam badan. Ini menandakan buah pinggang tidak berfungsi untuk menapis seperti biasa.

2. Rasa Tidak Sihat

  • Ketidakselesaan dalam badan adalah disebabkan bahan-bahan toksid yang berlebiah terkumpul dalam darah.

3. Kaki Membengkak

  • Kaki menjadi membengkak dan sekiranya anda bahagian yang bengkak ditekan, ianya terasa lembik dan bahagian yang ditekan tidak naik semula seperti yang asal. Ini kerana, buah pinggang tidak mampu untuk buang lebihan air yang sepatutnya dikeluarkan. Air yang berlebihan dalam badan ke bahagian seperti kaki.

4. Rasa yang tidak sedap di dalam Mulut

  • Sisa yang tertinggal di dalam badan anda boleh menyebabkan rasa teruk di dalam mulut anda.Ini boleh membuatkan anda hilang selera makan.

5. Kerap Letih

  • Bila buah pinggang rosak, hormon EPO berkurangan ini menyebabkab badan tidak mendapat isyarat untuk membuat sel darah merah. Tugas EPO

6. Kencing mengeluarkan warna coklat atau merah

  • Air kencing dihasilkan dari buah pinggang yang bekerja. Sekiranya buah pinggang rosak, air kencing yang dihasilkan warna berubah coklat atau merah seperti darah. Ada masa pesakit merasa sakit semasa membuang air kecil

7. Gatal pada Badan

  • Membuang toksin dari darah adalah juga merupakan kerja buah pinggang. Sekiranya buah pinggang rosak, toksin yang dibuang dengan sepatutnya, gatal-gatal pada badan disebabkan oleh toksin berkumpul dalam darah.

 

Punca Buah Pinggang Bermasalah

Beberapa punca buah pinggang bermasalah. Masalah ini berpunca disebabkan keadaan di mana tekanan pada buah pinggang. Gabungan penyakit ini biasanya daripada masalah seperti berikut:

  1. Kerosakan Buah Pinggang Kronik
  2. Diabetes
  3. Tekanan Darah Tinggi (hipertensi)
  4. Kolestrol Tinggi
  5. Saluran air kencing tersumbat

 

Cara mengatasi Buah Pinggang Bermasalah

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi buah pinggang bermasalah.Beberapa langkah bagi mengatasi buah pinggang bermasalah yang patut di ambil awal untuk mengatasi masalah ini sebelum buah pinggang untukPemakanan darah seimbang untuk mengawal dann mengelakkan rawatan dialisis:

  1. Tekanan darah tinggi diperiksa secara berkala
  2. Pemakanan darah seimbang unruk mengawal tekanan darah
  3. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah sakit tekanan darah tinggi atau buah pinggang
  4. Sentiasa perhatikan perubahan pada air kencing
  5. Perhatikan jika terdapat simptom anemia
  6. Kekal aktif dan mengekalkan berat badan yang seimbang
  7. Meminum air kosong yang mencukupi
  8. Jangan merokok ,jika anda merokok, sila berhenti
  9. Jangan amalkan menahan kencing
  10. Mengurangkan pengambilan gula
  11. Kurangkan pengambilan daging dan telur dalam diet anda
  12. Mengurangkan pengambilan kafien

 

Terdapat supplemen untuk mengatasi tanda buah pinggang bermasalah. Anda boleh rujuk kepada Ubat Buah Pinggang Paling Mujarab.

Semoga perkongsian Tasha kali ini dapat membantu dan memberi manfaat buat anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *