Kesihatan, Testimoni

Amalan Harian dan Makanan yang boleh menurunkan kreatinin

Apakah Pantang Larang dalam Pemakanan bagi Pesakit Buah Pinggang yang mencapai kreatinin yang tinggi?

Adakah anda tahu pemakanan sihat? “Eat Clean”?

Apakah makanan yang sesuai untuk menurunkan Bacaan kreatinin?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Tasha doakan semoga pengunjung blog Tasha sentiasa sihat dan dirahmati Allah Taala. Kali ini Tasha ingin berkongsi cerita tentang amalan seharian dan pemakanan yang boleh membantu kita dalam menurunkan kreatinin. Moga dengan info ini, ianya dapat membantu anda mengamalkan seharian dan dapat mengetahui makanan menurunkan bacaan kreatinin anda serta meningkatkan fungsi buah pinggang. Tasha megharapkan perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda semua.

Tasha ada interview seorang anak kepada pesakit pinggang. Tasha namakan dia Pakcik Daud (bukan nama sebanar). Cerita dari anak Pakcik Daud yang telah berjaya menurunkan bacaan kreatinin dengan mengamalkan makanan menurunkan bacaan kreatinin, Pakcik Daud tidak tahu yang dia mengidap penyakit Buah Pinggang yang kronik Tahap 4. Pakcik Daud tiba-tiba pengsan dan dibawa ke hospital. Dari situ Pakcik Daud dan anak-anak dia baru tahu yang Pakcik Daud mengidap penyakit Buah pinggang yang kronik tahap 4. Satu keluarga terkejut, termasuk Pakcik Daud. Mungkin kita sendiri tidak perasan tentang Tanda Buah Pinggang Bermasalah sebab itulah check up amat penting untuk ketahui jika ada masalah kesihatan pada badan kita. Tapi, ramai yang Tasha sedari yang masyarat kita ini malu nak check up, rasa konfident sihat sedangkan anda pun tahu, bila umur kian meningkat, kesihatan perlu dijaga, pemakanan seharian pun wajib dijaga, supplement pun mesti diamalkan sebab kita pun tahu yang pemakanan kita sehari tidak cukup nutirisi.

Berbalik kepada kisah Pakcik Daud tadi, Pakcik Daud disahkan mengidap penyakit Buah Pinggang yang kronik tahap 4 dengan bacaan kreatinin 1000++. Jika anda ditempat Pakcik Daud dan keluarga pasti terkejutkan. Down, seolah-olah tunggu maut sahaja. Tapi kita perlu pegang yang Allah ada sebut di dalam Al-Quran setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Yakinlah yang Allah memberikan ujian buat kita, Dia hendak kita berusaha mencari penawarnya dan Dia ingin kita mendekatkan dari kepadaNya. Allah rindu kepada hambaNya yang sentiasa merintih denganNya. Pakcik Daud berjaya menurunkan kreatinin hingga bacaan 358 dan mengambil bersama Ubat Buah Pinggang Paling Mujarab serta mengamalkan cara pemakanan yang sihat dimana makanan menurunkan bacaan kreatinin. Pakcik Daud pernah membuat dialisis kerana doktor kata keadaan dia 50-50. Namun sekarang, dia tidak perlu buat dialisis, doktor cuma perlu pantau kesihatannya. Kenapa Pakcik Daud yang telah berumur pun boleh mengubah cara pemakanan dia, kalau dia boleh, anda juga pasti boleh. Jangan putus asa, sentiasa berusaha dan berdoa minta dengan Allah Taala. Anda pasti ingin tahu apa yang Pakcik Daud amalkan?

 

Pantang Larang dalam Pemakanan yang meningkatkan Bacaan Kreatinin

 

1. Makanan yang mengandungi garam dan msg yang tinggi

 

2. Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi

 

3. Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan. Berikut 26 makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi,

26 Makanan Yang Mengandung Karbohidrat Tinggi

 

4. Kurangkan protein dalam pemakanan. Berikut makanan yang tinggi protein:

10 Makanan Lezat yang Mengandung Protein Tinggi

 

5. Buah-buahan yang kandungan gula yang tinggi dan ada juga yang tidak digalakkan diambil oleh pesakit buah pinggang itu Epal Hijau, Anggur, Mangga dan Jambu. Jus buah-buahan tidak digalakkan kerana air jus boleh memberatkan untuk diproses oleh Buah Pinggang.

 

 

Apakah pemakanan sihat? biasanya orang sebut “eat clean” Apakah eat clean yang sebetulnya?

Ramai yang boleh kata “eat clean” tapi hakikatnya anda sendiri  tidak pasti cara “eat clean” sebetulnya. Tasha kongsi kat sini “eat clean” yang Tasha paham.

Pemakanan “Eat clean”

  1. Masakan tiada garam, gula, msg
  2. Lauk-pauk dimasak secara bakar, rebus dan stim
  3. Makanan berlemak seperti santan, goreng, sambal merupakan masakan kalori yang tinggi
  4. Minuman air kosong dan elakkan mengambil minuman yang manis
  5. Elakkan makanan yang berkuah, kerana kuah itu meninggikan kalori makanan kita
  6. Beras seeloknya beras perang, kalori yang rendah tiada kanji
  7. Roti juga seeloknya wholemeal
  8. Elakkan mengambil pasta, mee, bihun,keuy teow makanan seharian
  9. Tidak mengambil makanan proses seperti makanan ringan,mee segera, nugget dan sebagainya.

Untuk lebih details, Tasha boleh bagi link disini https://www.mingguanwanita.my/39-tip-menu-eat-clean/

 

 

Makanan yang sesuai untuk menurunkan Bacaan Kreatinin

 

1. Makanan yang rendah korbohidrat dan protein, pesakit buah pinggang yang kreatinin yang tinggi Wajib mengurangkan protein dan karbohidrat. Makanan yang protein dan karbohidrat yang tinggi, Tasha ada kongsi di atas.

2.Buah-buahan, yang dicadangkan adalah buah terbaik adalah nenas tetapi tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Selain dari nenas, buah tembikai susu, betik, pear dan strawberi. Jika anda mengambil buah-buahan yang mengandungi air yang tinggi, kurangkan pengambilan air. Ianya bertujuan mengurangkan air ini diproses oleh Buah Pinggang.

 

 

 

3. Garam yang sesuai untuk masakan seharian. Garam biasa yang dimasak merupakan tinggi sodium. Garam ini akan meningkatkan bacaan kreatinin. Garam yang terbaik adalah garam bukit kerana potassium yang tinggi. Perbezaan di antara sodium dan potassium, garam sodium yang melambatkan untuk perkumuhan Buah Pinggang. Garam yang tinggi potassium iaitu Garam Bukit Himalaya yang boleh didapati di Farmasi.

 

 

 

4. Susu yang disyorkan oleh doktor untuk diet kencing manis dan buah pinggang. Susu Nutren Diabetik. Pakcik Daud telah mengamalkan hampir 2 tahun sehingga sekarang

 

5. Vivix iaitu Supplement yang wajib di ambil oleh pesakit Buah Pinggang. Kebaikan vivix, Tasha dah banyak berkongsi di blog Tasha. boleh juga refer pada blog Tasha link Ubat Buah Pinggang Paling Mujarab.

6. Air rebusan Daun Sup yang diambil 2 kali seminggu.

 

Amalan yang patut di amalkan seharian

1. Makan mengikut waktu secara teratur untuk mengelakkan dari sentiasa merasa lapar dan mengambil snek yang tidak sesuai untuk anda.

2. Amalkan senaman yang sesuai dengan diri anda. Senaman ini membantu meningkatkan kesihatan kita bukan sekadar ingin kurus.

3. Dekatkan diri pada Allah Taala. Sentiasa amalkan solat hajat, tahjud dan taubat. Jika anda masih ada ibu dan bapa, minta mereka doakan moga anda cepat sembuh. Anda pasti tahu yang doa ibu dan bapa amat mutajab.

 

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda semua.

Tagged ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *