Kecantikan, Produk Shaklee, Set Cantik, Testimoni

Pengalaman Merawat Kulit Muka Berjerawat bermasalah selama hampir 19 tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pengunjung blog Tasha. Hari ini Tasha nak share pengalaman Tasha merawat masalah jerawat kronik pada wajah yang Tasha hadapi hampir 19 tahun. Tidak semua orang beruntung memiliki wajah yang licin, gebu, flawless dan boleh pakai apa sahaja skin care. Tasha hadapi kulit muka berjerawat bermula dari umur 14 tahun lagi. Umur Tasha sekarang dah 43 tahun.

Tasha ingin berkongsi cerita kisah Tasha ini, semoga kisah Tasha dapat membantu ada diluar sana yang juga menghadapi Masalah Jerawat Kronik. Bermula dari Tasha berumur 12 tahun, Tasha meruapakan kanak-kanak yang aktif dan lasak. Tidak pernah ambil berat tentang kecantikan, tentang kulit wajah, lagi pun ketika itu Tasha memiliki kulit wajah yang licin walaupun tidak mengenakan sebarang pencuci muka dan bedak. Umur baru 12 tahun kan, apa sangat nak kisah pasal kecantikan kan?

Umur Tasha berganjak 13 tahun, kulit muka ada sedikit perubahan, semasa itu masih tidak kisah lagi. Biasalah kan, umur nak beranjak remaja, kulit muka mula sentisitif, sun burn, masa ini jerawat mula tumbuh, tetapi sebiji dua sahaja. Bila umur meningkat 14 tahun, muka semakin teruk, Masalah Jerawat Kronik. Ya Allah…Apa nk buat nie? Rasa pelbagai rasa, kenapa Tasha tidak boleh dapat wajah yang bersih seperti kawan-kawan yang lain? Umur baru 14 tahun, Jerawat pada wajah naik mencanak-canak, bengkak, bernanah, sakit, malu, rendah diri dan pelbagai rasa.

Apa Tasha rasa bila menghadapi Masalah Jerawat Kronik?
  • Rasa Rendah Diri
  • Selalu Menyorokan muka dari kawan-kawan
  • Kurang bergaul dengan orang sekeliling, kalau boleh tidak mahu berkawan
  • Rasa sedih dan stress
  • Kulit muka yang gatal-gatal dan sakit

 

 

Apakah rawatan yang Tasha lakukan selama merawat Masalah Jerawat Kronik?

Jika ikutkan usaha dalam perubatan untuk merawat Masalah Jerawat Kronik, Tasha telah buat pelbagai usaha dari zaman sekolah hingga sekarang. Semangat ada up & down yang bukan senang untuk memujuk hati supaya terima hakikat yang Allah Taala beri ujian melalui Masalah Jerawat Kronik. Sedih memanglah sedih, dari sekolah, universiti, bekerja, berkahwin, umur pun semakin berganjak 30an. Tidak pernah rasa yang diri bersih tanpa jerawat. Tasha nak share kat sini, usaha yang Tasha lakukan dalam merawat Masalah Jerawat Kronik.

 

1. Petua secara Tradisional

  • Tradisional menggunakan dengan pelbagai bahan seperti Bedak Sejuk, Gel Lidah Buaya, Madu, Ubat gigi dan bermacam lagi. Tasha sampai dah lupe apa yang Tasha tepek kat muka.

 

2. Pengambilan Supplement – Susu dan Susu Soya Kolagen

  • Waktu ini Tasha masih bersekolah, abah tengok muka Tasha dah Jerawat Kronik sangat, abah pun usahakan mencari ubat. Ada kawan abah yang suggest Susu ini. Tasha dah lupa nama susu. Tasha memang tidak suka minum susu, harga sekotak pun dah hampir RM150.00. Habis jugak minum beberapa kotak, bila tidak nampak berkesan, kos mahal dan Tasha pun dah nak muntah minum, Tasha tidak sanggup teruskan. So, stop la ambil susu ini.
  • Semasa Tasha pelajar Universiti, Tasha juga pernah mengambil susu berasaskan soya untuk mencantikan kulit dan memutihkan kulit. Masih keadaan kulit tetap sama.

 

3. Menggunakan Pelbagai Skin Care

  • Kalau Skin Care yang Tasha gunakan, pelbagai produk dari yang murah hingga mahal. Semuanya Tasha cuba. Pernah cuba Skin Care keluaran tempatan, cantik hanya sekejap, tapi kemudian kulit wajah semakin teruk. Ada satu masa kulit seolah-olah terbakar. Tasha amat serik mencuba produk-produk yang menghakis kulit. Skin Care yang dicadangkan oleh doktor pun Tasha cuba, tiada perubahan pada kulit, keadaan kulit tetap sama. Ketika ini Tasha masih belajar di Universiti. Duit pinjaman pelajaran banyak habis kat Skin Care. Bukan sikit-sikit tapi beribu-ribu untuk Skin Care dan Facial.

 

4. Membuat Rawatan di Klinik Kulit

  • Setelah kecewa dengan Skin Care. Tiada perubahan positif, malah muka semakin teruk, Ma suggest untuk membuat rawatan di Klinik Kulit, Jalan TAR. Doktor berikan ubat antibiotik, krim dan pencuci muka. Selama menjalani rawatan kulit wajah ini, kulit semakin sihat dan licin. Tapi ubat antibiotik diambil berterusan sehingga 2 tahun. Ini yang amat merisaukan. Berapa lama Tasha perlu bergantung pada ubat? Atas nasihat Ma juga, Tasha stop meneruskan rawatan di klinik ini. Masalah Jerawat Kronik berulang kembali. Rasa agak frust kan?

 

5. Pengambilan Suntikan Vitamin C

  • Suntikan Vitamin C amat popular ketika ini. Ramai artis-artis mengambil suntikan Vitamin C. Tasha pun terpengaruh tengok kulit mereka yang semakin cantik dan gebu. Tasha ada ambil 4 kali suntikan Vitamin C di klinik estetik di Semenyih, Selangor. Hasilnya tidak memuaskan. Suntikan Vitamin C hanyalah untuk jangka masa pendek, Lagi sekali Tasha frust sangat, duit gaji, duit suami banyak habis untuk membuat rawatan masalah Jerawat Kronik sahaja.

 

6. Rawatan Kulit menggunakan Bahan Kimia

  • Tasha pernah juga mencuba rawatan Masalah Jerawat Kronik dengan menggunakan yang menggunakan Bahan kimia. Tasha pun terlupa nama produk itu, tapi Tasha buat di klinik dengan daktor tertauliah. Beberapa hari akan nampak kesan seloah-olah kulit terbakar dan beberapa hari kemudian menggelupas. Doktor kata untuk mempercepatkan jerawat surut dan parut jerawat. Memang ada kesan atas rawatan ini, tetapi hakikatnya ianya hanyalah untuk kesan jangka pendek. Selepas itu, masalah Jerawat Kronik berulang kembali. Rasa amat kecewa, dengan menghabiskan duit beribu-ribu, masih belum mendapat jalan penyelesaiannya.

 

7. Rawatan Kulit di Klinik Pakar Kulit di Hospital

  • Tasha pernah membuat rawatan masalah Jerawat Kronik dengan doktor pakar kulit di salah sebuah hospital swasta yang terkenal. Tasha diberi pencuci muka dan ubat antibiotik, nama ubat antibiotik adalah Roaccutane. Kesan kepada kulit wajah memang bagus, jerawat pun tidak tumbuh tetapi kesannya badan terasa panas, selalu rasa dahaga, kulit kering seluruh badan termasuk bibir, Jika anda mengambil ubat ini, anda tidak boleh hamil kerana kesan ubat ini boleh menjejaskan kandungan anda. Anda boleh refer disini untuk mengetahui side effect https://www.drugs.com/sfx/accutane-side-effects.html

Contoh ubat Antibiotik Roaccutane

 

8. Pancaran Laser

  • Tasha pun ada pengalaman dalam membuat rawatan menggunakan Pancaran Laser. Tasha bukan obses sangat untuk cantik, tetapi kulit wajah yang berjerawat, banyak parut, pori-pori besar menyebabkan Tasha obses cari jalan untuk cepat sembuh. Tapi, percayalah semua ini hanyalah sementara. Tasha habiskan duit beribu-ribu ringgit untuk merawat masalah Jerawat Kronik tapi hasilnya bukan seperti yang kita harapkan. Boleh sembuh tapi hanya untuk tempoh sementara sahaja, lepas itu berulang lagi masalah yang sama. Perlu difikirkan juga sampai bila kita nak menghabiskan duit untuk kecantikan? Betul kan? Berikut pengalaman pesakit yang pernah melakukan rawatan pancaran laser.

 

 

Tasha juga ada google Punca Masalah Jerawat Kronik

 

1. Stress

  • Tahap stress yang tinggi boleh memberi kesan pada kulit wajah dan menyebabkan radang jerawat yang teruk. Apabila keadaan stress, adrenalin dan hormon androgen yang ada di dalam badan akan keluar secara berlebihan dan menjadi punca berlakunya jerawat terutamanya di muka.

 

2.  Hormon

  • Masa usia remaja @ akil baligh, perubahan hormon iaitu kelenjar sebaceous boleh jerawat pada wajah. Ini kerana bila kelenjar mengembang, ia akan keluarkaan sebum atau dikenali sebagai minyak kulit dan mengaktifkan lagi minyak pada kulit wajah dan menjadikan wajah lebih berminyak dengan pengaruh dari hormon androgen.

3.  Kebersihan Kulit Wajah

  • Kebersihan muka yang tidak dijaga dengan baik juga boleh menyebabkan jerawat. Ini kerana pencemaran seperti asap debu dan kotoran persekitaran yang melekat pada kulit muka boleh menyekat pori-pori dan akan menjadi jerawat.

4.  Gaya Hidup Tidak Sihat

  • Amalan cara hidup yang sihat seperti kurang air mineral, pengambilan makanan yang tidak sihat dan kesan dari banyak merokok juga boleh meningkatkan risiko tumbuh jerawat di muka.

5.  Pemakanan

  • Makanan yang berlemak atau makanan yang kurang sihat boleh menghasilkan sebum secara berlebihan. Punca paling umum makanan yang berminyak.

6.  Make up

  • Penggunaan make up memang tiada masalah tetapi masalahnya jika digunakan secara berlebihan, jika tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan pori-pori tersumbat dengan bekas make up yang tertinggal kulit wajah.

7.  Jenis Kulit

  • Bagi yang kulit berminyak, penghasilan minyak pada kulit atau sebum berlebihan menyebabkan kesan yang buruk untuk muka yang berdebu dan kotoran mudah melekat pada kulit muka. Jika muka terlalu berminyak, kulit terlalu berminyak, kulit muka akan cepat kotor dan pori-pori akan senang tersumbat.

 

 

Usaha Terakhir Bersama Supplement dan Skin Care Shaklee

  • Tasha bermula dengan Shaklee pada tahun 2013, di masa sekadar hendak bantu adik Tasha, Nadia buat bisnes Shaklee. Hati ini tidak pernah terfikir untuk merawat masalah jerawat dengan produk Shaklee. Beli supplement Shaklee sekadar nak bantu adik jer. Nampak sangat kan Tasha ini tidak ambil tahu pasal supplement.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *